Versi pelayar anda tidak lagi disokong oleh Cultural Economy Development Agency!

Untuk menggunakan Cultural Economy Development Agency dan semua ciri-cirinya, anda mesti menggunakan pelayar terkini.
Untuk menaik taraf pelayar semasa anda atau untuk memasang yang baharu, sila gunakan ikon berikut.

Microsoft Internet Explorer Google Chrome Apple Safari Mozilla Firefox

Privasi

Selamat datang laman web Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya, www.cendana.com.my ("Laman") yang dimiliki oleh Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya ("CENDANA"). Laman ini dikendalikan oleh CENDANA dan sebahagian besar daripada bahan-bahan di Laman ini dimiliki oleh CENDANA. Bahan-bahan yang dimiliki oleh pihak ketiga juga akan dimuatnaik di Laman ini dengan lesen yang sah, melalui pemberian atau sebarang perjanjian lain antara pihak ketiga tersebut dan CENDANA.

Dasar Privasi ini adalah terpakai untuk akses dan penggunaan anda di Laman ini. Dengan mengakses Laman ini, anda bersetuju untuk terikat dengan Dasar Privasi ini. Jika anda tidak bersetuju, sila hentikan akses anda ke Laman ini dengan segera atau jangan memberi sebarang Data Peribadi anda kepada kami. Sebarang pertanyaan, komen atau masalah dengan Laman ini boleh dihantar kepada pihak pengurusan kami di [email protected]

Notis ini dikeluarkan adalah tertakluk kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Kami tidak akan mendedahkan dan/ atau berkongsi Data Peribadi kecuali sebagaimana yang dinyatakan di dalam Notis ini.

1.    Pengumpulan Data Peribadi

Data Peribadi bermaksud maklumat peribadi anda yang telah diberikan kepada kami melalui pendaftaran/ permohonan dengan kami melalui Laman ini.

Data Peribadi yang kami kumpul adalah termasuk dan tidak terhad kepada nama, alamat, kad pengenalan, dokumen syarikat, dll.


2.    Tujuan Pengumpulan Data Peribadi

Data Peribadi anda akan dikumpul, diproses, digunakan dan disimpan oleh kami untuk tujuan berikut:

i.    memproses permohonan untuk aktiviti/ agenda yang melibatkan geran dan tajaan (sponsorship)
ii.    mewujudkan hubungan antara anda dan kami;
iii.    pemprosesan data dan tujuan menganalisis;
iv.    tujuan lain sebagaimana yang dibenarkan oleh undang-undang atau dengan kebenaran anda;
v.    penyimpanan rekod dalaman;
vi.    memberi respon kepada pertanyaan dan aduan anda; 
vii.    memenuhi keperluan pendedahan mana-mana undang-undang yang mengikat CENDANA;
viii.    bagi tujuan audit, pematuhan dan pengurusan risiko; dan
ix.    segala tujuan lain yang bersampingan dan berkaitan dengan mana-mana yang tersebut di atas.

3.    Pendedahan Data Peribadi

Data Peribadi anda yang diberikan kepada kami akan dirahsiakan. Walaubagaimanapun, anda bersetuju untuk kami mendedahkan Data Peribai anda kepada pihak-pihak berikut sebagaimana yang perlu atau sesuai termasuk dan tidak terhad kepada yang berikut:

i.    mana-mana pihak di mana kami dikehendaki untuk berbuat demikian di bawah undang-undang atau sebagai maklum balas kepada mana-mana pihak berkuasa, agensi kerajaan, dan/atau pengawal selia industri;
ii.    pihak kewangan, juruaudit, penasihat undang-undang, penasihat kewangan, akauntan kami dan penasihat profesional yang lain; 
iii.    pembekal perkhidmatan dan produk pihak ketiga termasuk tetapi tidak terhad kepada teknologi maklumat; dan/atau
iv.    rakan usahasama dan/atau rakan kongsi niaga kami atau mana-mana syarikat yang berkaitan atau berhubungan dengan kami

Kami akan berusaha untuk memastikan langkah-langkah sewajarnya diambil supaya pihak ketiga tersebut tidak menggunakan Data Peribadi selain daripada tujuan yang dinyatakan di sini dan untuk memastikan kerahsiaan Data Peribadi yang mencukupi.

4.    Pemindahan Data Peribadi

Anda dengan ini membenarkan Data Peribadi yang telah anda bekalkan kepada kami boleh dipindah di dalam atau di luar Malaysia, dimana kami berpendapat perlu untuk tujuan pembekalan perkhidmatan kepada anda. Kami akan berusaha untuk memastikan Data Peribadi tidak digunakan selain dari tujuan yang dinyatakan di sini dan memastikan kerahsiaan Data Peribadi yang mencukupi.

5.    Akses kepada Data Peribadi

5.1.    Anda mempunyai hak untuk:

i.    meminta akses kepada Data Peribadi anda yang diproses oleh kami dengan memberi notis yang munasabah dalam tempoh 14 hari bekerja;
ii.    meminta untuk membetulkan Data Peribadi anda yang tidak tepat, tidak lengkap atau tidak dikemas kini;
iii.    meminta untuk menghentikan pemprosesan Data Peribadi anda;
iv.    menarik balik kebenaran anda bagi pemprosesan dan penyimpanan Data Peribadi anda atau mengehadkan pemprosesan Data Peribadi anda; dan/atau
v.    membuat sebarang pertanyaan mengenai Data Peribadi anda;

tertakluk kepada undang-undang yang berkenaan.

Bagi tujuan di atas, sila hubungi kami di [email protected] atau

Menulis kepada kami di alamat berikut:

Cultural Economy Development Agency (CENDANA)
B-15-01, PJ Trade Centre
No. 8, Jalan PJU 8/8A
Bandar Damansara Perdana
47820 Selangor Darul Ehsan

6.    Pengesahan Data Peribadi yang Diberikan 

Anda mengesahkan anda telah mendapatkan kebenaran daripada orang dan/atau syarikat berkenaan dengan Data Peribadi yang diberikan oleh anda kepada kami.

7.    Pemindahan Dasar Privasi

Kami berhak untuk meminda Dasar Privasi ini dari semasa ke semasa tanpa memberi sebarang notis terdahulu dan anda akan dianggap telah menerima perubahan tersebut jika anda terus mengakses Laman ini selepas perubahan tersebut.

8.    Bahasa

Dasar Privasi ini dikeluarkan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat sebarang ketidakseragaman di antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, maka versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.